Pages

Subscribe:

Tuesday 6 December 2011

INSTALL UBUNTU /LINUX DUAL BOOT BERSAMA WINDOWS

Akibat daripada permintaan yang tinggi (Akibat?), Mr.Hac telah mengalami bandwidth overload pada saraf otak. Disebabkan itu, otak Mr.Hac menjadi beku seakan-akan terkena serangan DDoS. Untuk mengelakkan terjadinya perkara seperti itu berlaku lagi pada masa akan datang, haaa. Nah, baca tutorial ni! Sesuai untuk mereka yang ingin install Ubuntu (Tetapi ingin mengekalkan Windows) atau apa-apa distro berasaskan Ubuntu seperti Linux Mint, Zorin OS, mahupun Pinguy OS kerana tampilannya lebih kurang serupa saja!

Dalam tutorial ini, Mr.Hac akan menunjukkan cara-cara pemasangan Linux Mint alongside (Bersebelahan @ Dual Boot) dengan Windows. Mari kita mulakan.

Sila boot OS yang menjadi pilihan anda sama ada melalui Live USB atau Live CD/DVD. Kemudian, setelah selesai boot, anda akan di bawa kepada desktop OS tersebut. Macam mana nak install dalam pendrive? Anda boleh gunakan UnetbootinUniversal USB Installer atau buat multiboot OS kesukaan anda melalui cara ini -> Membuat Multiboot Pendrive.

Apa? Macam mana nak boot dari CD atau Pendrive? Itu kena cari dulu tutorialnya dari Google. Jangan malas ya! Ok, jom kita pasang Linux pada komputer sekarang!

1. Kebiasaannya pada desktop anda akan ada satu pintasan untuk memasang sistem operasi yang anda pilih. Contohnya ia mungkin tertulis seperti 'Install Linux Mint'. Klik padanya dan paparan antaramuka pemasangan akan terbuka sepertimana gambar dibawah (Klik Forward):

2. Pilih pada pilihan pertama sekali, iaitu 'Install Linux Mint alongside Windows'



3. Dari sini, anda boleh terus klik pada Install Now, tetapi dalam kes ini, Mr.Hac ingin menetapkan saiz partisi mengikut kehendak Mr.Hac. Jadi ini adalah CONTOH daripada Mr.Hac. Anda boleh ubahnya mengikut kehendak anda pula. Mr.Hac pilih 'advance partitioning tool' untuk menetapkan semula saiz partisi dan jenisnya




4. Lihat pada gambar, terdapat dua partisi NTFS, Itu ialah partisi Windows iaitu C dan D. Mr.Hac ingin menggunakan partisi D (/dev/sda2) untuk memasang Linux Mint ke dalamnya. Apa yang perlu kita lakukan ialah klik pada partisi yang dikehendaki, dan padam (Delete). Kemudian, klik semula padanya dan pilih 'Add'.
Jangan tersilap padam partisi Windows (/dev/sda1)! Nanti naya!


5. Ini ialah paparan setelah anda pilih 'Add'.

Type for the new partition: Primary

New partition size in megabytes (1000000 bytes): Terpulang, tetapi kurangkan, atau tinggalkan baki sekurang-kurangnya 1GB untuk Swap Area.

Location for the new partition: Beginning

Use as: Ext4




6. Klik pada baki 1GB (1000MB) yang anda tinggalkan tadi




7. Ikut  macam gambar di bawah ni, dan klik OK.


8. Klik pada partisi Ext4 yang telah kita buat sebentar tadi, dan klik 'Install Now'!






9. Pilih negeri mana anda berada sekarang




10. Pilih 'Keyboard layout'




11. Masukkan maklumat diri yang diperlukan oleh sistem operasi. Klik butang 'Forward'




12. Pada waktu ini, anda boleh langkau (Skip) muat turun Language Pack jika kelajuan internet anda adalah perlahan atau sederhana




13. Mulai semula (Restart) komputer anda setelah pemasangan selesai. Yeah! Siap akhirnya



2 comments:

^ Uncle Syaf ^ said...

menangis en hak bace blog ko nih

kisah budak nakal.. said...

hahaha..bru dia tahu..sape abe sbnr...hahahaha

Post a Comment